boykomar's posts with tag: ingatlah...

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag ingatlah...
Blog EntrySaling Mengingatkan...Jan 25, '08 8:32 AM
for everyone
 
 
Kullu nafsin dzaaiqotul maut, semua yang hidup pasti akan mati.
semua berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNYA
 
Karena semua Insan di dunia ini akan mati, tidak ada yang kekal.
Kecuali ALLAH.
 
BALASAN MENINGGALKAN SHOLAT dan TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT:
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam
masjid
dengan menangis.
 
Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka bagindapun
berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya."
 
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati
ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka
mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W,kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
 
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang
muda
dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun
bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
 
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah
menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh
ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
 
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
 
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu
mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila
mereka
membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka coba membunuh ular itu.
 
Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua
hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang
memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
 
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang
berjamaah.
2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.
 
 
 
 
 
 

 


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help